Sunday, September 7, 2008

tentang aku

Namaku Mohd Nadzmi bin Ibrahim. tp anda boleh panggil aku nami, takpon mat saleh, takpon bosnia, takpon stich, takpon white man! Aku brambut perang(sbb nih la ak dpt name mat saleh dan etc), berkulit putih, dan berkulit merah. Aku gambarkan diriku sebagai seorang yang agak jahat; Hurmmm....lbih kepade nakal sbnarnye. Tapi itu tak penting, setiap orang ad pendapat tersendiri terhadapku dan aku mnghormatinya.

Aku memulakan hidupku di hospital pe ntah kat pulau pinang. Aku tinggal di taman genting sejak dariku lahir sehinggalah 8 thn. aku memulakan pembelajaranku di Sekolah Kebangsaan Sgi rusa. Ya, aku tahu; Sgi rusa???? kampungnye name??? Tp percayalah ianya fakta benar lg tepat. kebnyakkan masaku dihabiskan di kampung tersebut(kampung aku).

di sana tidak susah untuk mndapat tmpat pertama, kedua dlm akademik. dan kawan2ku boleh dikatakn hampir semua berasal dr keluarga susah. dan apbila tiba tahun 1998. bapaku mendapat surat utk bertukar ke kuala lumpur dan kami skeluarga dgn brat hati brpindahlah ke sana.

di kuala lumpur, ku tinggal di tempat yg bernama Bandar Tun Hussein Onn. di sana, ak menghadapi sdikit ksukaran utk bertutur dlm accent kl. hang>kau, aku,che`>saye, depa>dieorang, lapaq>lapa, dan etc. hahahaha, agak kekok pade mulanye,ttp dgn bertahun-tahun training(ceh,poyo gile, ckp mcm add math la plak) akhirnye ak mahir lg mapan. di sane, ak mule bertemu dgn orang yg jauh lbih pandai dariku. tempat 1,ke2 bkn lg dlm genggaman,tp nun jauuuuh di blakang. hahahahaha. ttp ketikaku darjah 6, aku dpt msk ke klas pertame(naseb sbnranye). dan bermule mnghadapi exam bsar yg dipanggil UPSR(ujian pakar sekolah rendah, haha). dan dgn hati yg berdegup kencang seperti genderang mahu perang(lirik sedang ingin bercinta-dewa)dgn suksesnye ku mndapat 5A. 5A itu ku jdkan tiket ke tempat yg kononnye menjanjikan perubahan iaitu SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK. Di sinilah segalenye bermule...............